PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Thursday 29 March 2012

KKA USIM @ BENGKEL sehari bersama FALAK

Salam sua buat semua...

Di sini, saya kongsikan pengalaman KKA USIM yang telah mengikuti Bengkel Sehari Bersama Falak yang telah dianjurkan oleh Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor. Bengkel selama 1 hari ini telah diadakan pada 23 Mac 2012/30 Rabiul Akhir 1433H di Bukit Melawati, Kuala Selangor. 

Beberapa sesi pembelajaran telah dijalankan di antaranya ialah penggunaan Rubu' Mujayyab, arah kiblat dan cerapan. Bengkel ini juga bersempena program cerapan hilal Jamadil Awal 1433H yang akan dijalankan di pelantar cerapan hilal.

Dikongsikan gambar kenangan mereka di sana. Tahniah kepada yang telah menghadiri. Bersama-sama kita manfaatkannya. Terima kasih kepada pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor atas penganjuran majlis ilmu ini.












No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...