PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Sunday 6 May 2012

Perkongsian ILMU di Program Sehari Bersama Astrofiqh dan Kosmofiqh 2012

Assalamualaikum w.b.t dan salam mesra untuk semua..

Syukur Alhamdulillah hati ini panjatkan kepada Yang Maha Merancang, Sebaik-baik Perancang, Yang Terbaik Perancangan-NYA kerana telah menemukan hati-hati yang kerdil ini dalam satu program yang amat besar hikmahnya..

Pertama sekali, jutaan tahniah dan syabas buat sahabat-sahabat KREW KEMBARA ANGKASA kerana telah menganjurkan Program "Sehari Bersama Astrofiqh dan Kosmofiqh 2012" yang telah berjalan dengan jayanya di Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM pada 2 & 3 Mei 2012 bersamaan 10 dan 11 Jamadil Akhir 1433H.

Terima kasih juga diucapkan buat semua KKA UKM dan USIM yang telah bergabung tenaga untuk menjayakan program ini. Tidak lupa kepada Pihak Pusat Islam UKM, Pusak Sukan UKM, penceramah jemputan, guru-guru, pelajar-pelajar sekolah, IPT dan warga UKM yang telah memberi sokongan dan turut menjayakan program yang pertama kali diadakan ini.

Secara ringkasnya, berdasarkan pemerhatian dan pemantaun diri ini terhadap gerak kerja yang cemerlang oleh semua KREW, diri ini sangat bersyukur agar tradisi perjuangan ini akan diteruskan sehingga bila-bila. Kepada adik-adik yang berjaya dalam pertandingan ROKET Ibn Firnas..TAHNIAH BRO...hangpa memang best dan hebat!

Begitu juga dengan program disebelah malamnya pula, syukur Alhamdulillah, Allah SWT sekali lagi memberi keizinan untuk kami melihat kebesaran langit malam ciptaan-NYA tanpa sebarang gangguan dalam suasana yang amat tenang dan terang dengan cahaya bulan yang mempesonakan..Buat pengunjung yang hadir pada malam tu, sedikit ilmu yng dikongsi berkaitan PETA BINTANG itu harap kita manfaatkan bersama dan jika ada sebarang kekhilafan, diharap dapat dimaafkan.


Sedikit perkongsian "Penentuan Arah Kiblat" bersama saya.
Terima kasih kepada yang sudi hadir
Perkongsian ilmu bersama En. Fairus Asillam, Pegawai Penyelidik ANGKASA
Galeri pameran Persatuan Falak Syar'i Malaysia (PFSM)
Terima kasih adik-adik dari Maahad Tahfiz Darul Fuqaha', Sg. Merap
Bersiap siaga!!
3...2..1... Lancar!!!!
Akhirnya!!!
Tahniah buat JUARA Pertandingan Roket Air.
Khusyuk!!!
Menawan!! Ciptaan Ilahi
Subhanallah!! Engkaulah segalanya.
Antara Krew-krew yang telah menabur bakti sempena SBAC. Ada beberapa orang lagi yang tiada di dalam gambar.

1 comment:

  1. Salam... Mahu bertnyer psl aktiviti mendlami ilmu falak.. Kalu sye mahu adakan di kolej sye... So mcm mane.. Nak adekan event nie... ???? Hrp bleh reply... amil_faiz@yahoo.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...