Tarikh: 19 Mei 2015 / 01 Syaaban 1436H (Selasa)
Lokasi: Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, N9.
Syukur Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk membawa pelajar-pelajar saya dari USIM bagi menjalani latihan amali bagi kursus Kursus LBF4052
Kemahiran Peralatan & Cerapan. Latihan ini diadakan pada 1 Syabaan untuk menguji kemahiran pelajar menggunakan peralatan cerapan seperti teodolite kerana hilal berada pada kedudukan 14 darjah di atas ufuk selepas terbenam matahari. Keadaan ini dapat membantu pelajar mengaplikasikan kemahiran peralatan yang telah dipelajari.
Tahniah & syabas kepada kalian kerana turut serta dengan jayanya program ini. Alhamdulillah kerana kami telah diberi kesempatan untuk melihat hilal walaupun pada kadar 15 minit sahaja bermula jam 7.40 malam. Walau bagaimanapun jelas terpancar diwajah pelajar-pelajar saya akan kepuasan & kenikmatan yang telah diberikan oleh Allah swt untuk melihat keagungan & kebesaran Allah di alam semesta ini. Semoga kalian terus bersemangat untuk menerokai ilmu falak lebih mendalam.
Jutaan terima kasih kepada pihak BCTK yang diwakili oleh Encik Muzamir Haji Mazlan atas kerjasama dan layanan yang baik kepada kami. Semoga hikmah yang terbaik dapat diteruskan untuk kelansungan ilmu falak di Malaysia.
Talimat ringkas.. |