PERKHIDMATAN AS-SYI'RA

Kembara Angkasa, PFSM menawarkan perkhidmatan melalui pendekatan ilmu Falak (Astronomi Islam) untuk sekolah, IPT, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut-institut Latihan, Surau, Masjid & Kawasan Perumahan untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat seperti:
* Ceramah/Kuliah Motivasi Falak * Cerapan Langit Malam (bulan, bintang, planet dll) * Cerapan matahari * Pameran falak @ sains * Bengkel, Seminar dan Kem Falak (Cth: Bengkel Arah Kiblat & Waktu Solat, Kem Motivasi Ahli Falak Muda dll) * Penentuan dan Semakan Arah Kiblat kediaman dan surau premis perniagaan.

Hubungi: 013 300 5006 - Emel: assyiradihati@gmail.com

ALBUM PHOTO MURAH & MUDAH

Wednesday, 11 December 2013

Langit dihujani hujan meteor Geminids

Anda dah baca KOSMO belum? Kalau belum, berita ini merupakan laporan KOSMO yang diperoleh daripada Agensi Angkasa Negara.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm




KUALA LUMPUR - Langit Malaysia akan diterangi juraian hujan meteor Geminids mulai 3 hingga 17 Disember ini, menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa) semalam.
Dianggarkan, kira-kira 120 juraian meteor sejam dapat dilihat pada masa kemuncaknya yang bermula dari awal pagi 13 hingga 14 Disember ini.
"Pada tahun ini, kenampakannya tidak begitu baik kerana waktu kemunculannya sama dengan fasa bulan hampir purnama (91 peratus penuh)," demikian menurut kenyataan Angkasa.

Tuesday, 10 December 2013

Rangkuman Aktiviti KKA dalam masa DUA MINGGU lepas....

Assalamualaikum wbt...

Hehehe...punyala sibuk tak sempat nak jengok-jengok blog ni... Akhirnya diberi juga kesempatan waktu untuk menulis sedikit catatan sebagai laporan aktiviti team KKA kita ni..ini pun kita tulis secara rangkuman la senang kan...tak la susah-susah nak baca banyak-banyak (tapi nak baca ker...hahaha)

Kita mulakan dengan beberapa siri aktiviti KKA bersama komuniti disekeliling kita..jutaan terima kasih buat masyarakat kita di luar sana kerana menyambut baik kehadiran kami di tempat anda.

17 November 2013 / 13 Muharram 1435H (8.30 malam -11.00 malam)
Desa Baiduri Harmoni

Baru sahaja balik dari USM, Penang, team KKA meneruskan aktiviti bersama masyarakat dengan berkunjung ke Desa Baiduri Harmoni, BBST atas jemputan salah seorang daripada ahli PFSM iaitu KA Huda. Program ini bermula sekitar jam 8.45 malam sehingga jam 11.00 malam bersama penduduk taman tersebut. Sambutan yang sangat menggalakkan dengan kehadiran kanak-kanak dan seisi keluarga untuk menjayakan Malam Kembara Angkasa. Aktiviti cerapan bulan, ceramah dan pameran di kongsikan bersama-sama penduduk yang hadir. Lebih meriah lagi dengan sesi jamuan makan BBQ turut disediakan oleh penduduk. Tahniah dan terima kasih kepada warga Desa Baiduri Harmoni yang dipimpin oleh En. Rosdin Hasan (Ketua Penduduk) kerana sudi menjemput kami untuk hadir. Tidak lupa juga jutaan terima kasih buat team KKA yang hadir seperti KA Adawiah, KA Wani, KA Falihin, KA Ross, KA Syuk dan KA Manaf dan KA Huda sekeluarga yang telah memberikan sumbangan.


28 Nov - 1 Dis 2013 / 24 - 27 Muharram 1435H (10.00 pagi - 5.00 ptg)
Universiti Sains Islam Malaysia

Dalam masa 4 hari ni, Team KKA USIM buka booth pameran falak sempena Pesta Konvokesyen USIM ke-11 di Kompleks Sukan Tuanku Najihah, USIM. Galeri pameran betul-betul terletak bersebelahan pentas utamanya. Terdapat pelbagai maklumat berkaitan falak dan peralatan falak juga turut dipamerkan. Kalau ada yang pergi ke sana, terima kasih diucapkan dan selamat berkenalan dengan Team KKA USIM..



28 Nov 2013 / 24 Muharram 1435H (8.00 mlm - 11.00 mlm)
Surau Taman Pinang Gading, Sikamat

Saya dan team KKA telah dijemput oleh AJK Surau Taman Pinang Gading, Sikamat. Saya dijemput untuk menyampaikan kuliah maghrib khas ilmu falak. Sambutan yang sangat menggalakkan daripada para jemaah surau. Rasa ingin hadir lagi untuk bertemu para jemaah untuk berkongsi ilmu kerana banyak juga ilmu yang saya perolehi daripada mereka. Inilah yang dikatakan "Sharing is caring"...kan? Terima kasih khas buat KA Syuk dan KA Wani kerana hadir untuk membantu mengendalikan pameran dan jualan. Semoga budi baik kalian akan mendapat hadiah terbaik daripada Allah swt. Kira-kira jam 11.00 malam, kami pun pulang ke mahligai indah masing-masing (rumah sendiri le..)


29 & 30 Nov 2013 / 25 & 26 Muharram 1435h (9.00 pagi - 11.00 malam)
Masjid Sultan Hisamuddin, BBST, sepang

Hari Jumaat & Sabtu, KKA terus mengembara untuk bertemu masyarakat demi menyebarkan ilmu falak. Kali ini, KKA berada di Masjid Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang bersempena Karnival Ulangtahun ke-13 masjid ini. Tahniah buat pihak masjid yang menganjurkan dan juga yang terlibat sama. Sepanjang dua hari ini, sambutan amat menggalakkan kerana booth dibuka sehingga malam hari disebabkan aktiviti yang diadakan sangat menarik seperti forum perdana ehwal Islam dan konsert Rabbani. Kami ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada pihak penganjur dan terima kasih kerana mempertemukan kami dengan warga BBST. Juga ucapan terima kasih kepada KA Adawiah, KA Wani dan KA Apeq yang sudi turun memberi khidmat sumbangan.


1 Dis 2013 / 27 Muharram 1435H (10.00 pagi - 6.00 petang)
Masjid Asy-Syarif, Meru

Walaupun program malam tadi habis lewat, KKA terus turun memberikan sumbangan untuk berkongsi kepentingan ilmu falak kepada masyarakat. Hari ini, kami terus berkunjung ke Meru sempena Karnival Mahabbah Masjid Asy-Syarif, Meru.Walaupun tiba lambat, kerjasama yang diberikan oleh pihak penganjur sangat baik. Memudahkan segala urusan kami di sana. Apatah lagi sambutan yang diberikan oleh pengunjung amat-amat menggalakkan. Tak menang tangan dibuatnya, kerana kami hanya berdua sahaja yang dapat turun. Walaubagaimanapun, sokongan dan sambutan yang diberikan memberikan kami semangat untuk terus menyumbang. Terima kasih buat penganjur atas jemputan ini. Tidak lupa jutaan terima kasih buat KA Adawiah atas sumbangan yang diberikan.


6 Dis 2013 / 3 Safar 1435H (8.00 malam - 11.00 malam)
Kem PLKN Princess Haliza, Sepang

Malam Kembara Angkasa bersama Saintis Muda di Malaysia Young Scientis Assembly (MYSA2013) di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang. Kali ini, saya seorang sahaja yang turun untuk berkongsi ilmu dan maklumat dengan para peserta. Dalam masa 1 jam setengah yang diberikan saya gunakan untuk berkongsi berkaitan angkasa dan kaedah membaca peta bintang. Sangat mengujakan saya untuk bertemu dengan para saintis muda ini kerana banyak yang dapat dikongsikan bersama...Cuma, aktiviti cerapan malam tersebut tidak dapat dijalankan kerana permukaan langit malam yang tidak mengizinkan walaupun dengan kehadiran team falak, Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMN9). Apa-apapun, jutaan terima kasih buat penganjur dan team falak JMN9 atas sokongan yang diberikan. Semoga aktiviti akan datang menjadi lebih menarik. Huhu...sampai rumah jam 12.30 tengah malam da...


8 Dis 2013 / 5 Safar 1435H (12.00 tengah malam - 3.00 pagi)
Paya Indah Wetlands, Dengkil

Kali ni program yang menarik.  "Astrofotografi bersama Media" anjuran Yayasan Angkasawan Malaysia. Yang paling menariknya adalah aktiviti cerapan bermula jam 12.00 tengah malam sehingga 3.00 pagi, sebagai pendedahan untuk menanam minat kepada team media akan aktiviti astronomi. Yang terlibat ialah Team daripada Planetarium Negara dan Persatuan Falak Syar'i Malaysia yang diwakili oleh KKA (saya dan KA Syuk je pun...). Walaubagaimanapun, diperkuatkan lagi dengan kehadiran Bro. Shahrin Ahmad. Namun, sedikit mengecewakannya ialah team media sebagai 'target groupnye' tak bersama-sama sehingga jam 3.00 pagi. Mungkin letih agaknya mereka... Tapi tak mengapa, kita pun buat je la hal sendiri dengan geng-geng planetarium tu sambil mencerap planet JUPITER (MUSYIARI) yang gagah tu..banyak la ilmu yang dikongsikan oleh Bro. Shahrin berkaitan dunia astrofotografi ini. Walaupun pesertanya pula hanya saya, KA Syuk dan seorang lagi dari planetarium (macam ramai je)... jam 2.45 pagi je, masing-masing dah nak angkat kaki. Sebelum pulang, sesi bergambar dalam gelap pun boleh dijadikan aktiviti jugak..tu lah dia yang dikatakan 'astronomer'... Lepas je bergambar (3 keping je pun), balik la semuanya kepangkuan katil masing-masing.

Sekian...moga-moga terhibur...jumpa lagi di lain cerita..



Wednesday, 27 November 2013

Terima Kasih Warga Taman Pinang Gading..


Terbaik dan terima kasih warga Taman Pinang Gading Sikamat.
Inshaa Allah, yang terbaik kita akan kongsikan bersama.sama..
Moga Allah merahmati majlis ini..daripada insan yang lemah ini...


Thursday, 14 November 2013

KKA @ USM Penang SPACE Festival...


Hari Pertama, 14 Nov 2013 (Khamis)

Syukur Alhamdulillah, akhirnya kami telah selamat tiba di Dewan Peperiksaan Utama, USM  di mana tempat berlangsungnya pemeran falak/astronomi. Kami tiba pada jam 10.30 kira-kira 5 jam 30 minit  perjalanan dari Sepang, Selangor.

Kami bersyukur kerana telah selamat sampai dan hajat KKA untuk berkongsi sedikit ilmu falak bersama masyarakat di Penang ini. Di samping dapat berjumpa dan berkongsi ilmu baru dengan rakan-rakan baru di sini. 

Banyak agensi yang mengambil bahagian dalam pameran ini, antaranya ialah Unit Falak Jabatan-jabatan mufti negeri, Bahagian Meteorologi, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kelab Astronomi USM dan lain-lain lagi.

Aktiviti pameran di galeri KKA berjalan dengan lancar dengan jualan cenderahati daripada PFSM. Ada yang bertukar-tukar maklumat dengan pengunjung dan ada juga yang cuba untuk menggunakan teleskop.

Pameran pada hari ini berlangsung sehingga jam 5.00 petang. Selepas itu, KKA mengambil kesempatan untuk melawat Pusat Falak Sheikh Tahir (PFST), Balik Pulau dengan dibantu oleh Ustaz Firdaus. Di PFST, kami melawat sekitarnya termasuk tapak cerapan hilal. Kami tiba di tempat penginapan pada jam 8.30 malam.Festival ini akan berlangsung sehingga hari Sabtu..


Klik Gambar

Hari kedua, 15 November 2013 (Jumaat)

Hari ini adalah penghulu segala hari. Hari ini telah memberi kekuatan dan semangat baru buat team KKA untuk memberi khidmat yang terbaik buat pengunjung-pengunjung USM Penang SPACE Festival 2013. Semoga setiap perkongsian ilmu yang telah diberikan kepada anda, akan memberi manfaat yang berguna. Kami memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan sepanjang mengunjungi ruang pameran PFSM.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang telah mengunjungi kami samada yang membeli cenderahati kami seperti sijil, penanda buku dan lain-lainnya. Setiap kata-kata dan perkongsian ilmu daripada kalian amat berguna buat kami.

Selepas majlis perasmian festival, galeri kami dikunjungi oleh tetamu kehormat iaitu, YB DATUK DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAHTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang telah merasmikan festival dan sudi melawati galeri pameran sambil diiringi oleh Y. Bhg. Profesor Dato’ Omar Osman, Naib Canselor USM, Y. Bhg. Dato' Haji Hassan bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan lain-lain dif kehormat. Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian mengunjungi galeri pameran PFSM. 

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Shahrin Ahmad (Pengasas Portal Falak Online) kerana mengunjungi galeri PFSM dan berkongsi ilmu dengan kami. Sebelum pulang ke penginapan, kami berpeluang untuk mengikuti kuliah bersama Ustaz Hanafiah dengan tajuk 'Rahsia Alam'.






Hari ketiga, 16 November 2013 (Sabtu)

Pada hari ketiga, kami seperti biasa akan bertemu peminat-peminat dunia falak untuk berkongsi cerita. Apa yang lebih penting ialah untuk menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat buat pengunjung yang hadir. Siapa yang cepat, dialah yang dapat. Apa tu? tentulah koleksi cenderahati daripada Kembara Angkasa untuk dijadikan kenangan. Sijil tarikh lahir hijrah pasti akan menjadi tumpuan pengunjung kerana ianya lain-lain daripada yang lain. Lagipun tidak terdapat di mana-manapun, dengan kami sahaja.

Walaupun hari ini sangat singkat masa untuk kami berada di USM (sebab nak balik awal), kira-kira jam 1.00 tengah hari kami dah berangkat pulang ke KL. Ini disebabkan saya terpaksa pulang awal kerana ada urusan rasmi pula pada sebelah malamnya. Tidak dapat tidak, satu team KKA kena balik sama-sama.

Walau sekejap sahaja dapat jumpa pengunjung pada hari ini, ramai juga yang hadir mengunjungi booth KKA PFSM, hanya 3 jam sahaja booth dibuka, pengunjung tidak melepaskan peluang untuk memiliki sijil dan lain-lain. Terima kasih buat adik-adik, akak-akak, abang-abang, mak cik pak cik dan semua yang hadir...Semoga kita dapat berjumpa lagi di lain waktu dan hari.







Monday, 11 November 2013

KKA akan berada di USM Penang | 14-16 November 2013


Buat peminat falak di Pulau Pinang, temui KKA PFSM di 
USM Penang SPACE FESTIVAL 2013.
14 hingga 16 November 2013.

Pelbagai maklumat dan cenderahati terdapat di gerai pameran kami. Yang PALING LARIS...Sijil Tarikh Lahir Hijri boleh diperolehi dengan hanya RM5 (sila bawa MyKad) dan lain-lain lagi.



Friday, 8 November 2013

Kali ini obor Olimpik pula dibawa ke angkasa lepas

Petikan akhbar KOSMO - 08/11/2013
MOSCOW - Sebuah roket membawa obor Sukan Olimpik berlepas dari Bumi semalam menjelang Sukan Musim Sejuk Sochi 2014 di Rusia. Siaran langsung Televi- syen Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunjukkan roket Soyuz TMA-11M yang tertera dengan logo Sochi 2014 itu dilancar pada waktu pagi dari pusat pelancaran roket Baikonur di Kazakhstan.
Obor itu akan berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).Ia kemudian akan dibawa keluar dari ISS oleh seorang angkasawan yang berjalan di angkasa lepas. Aksi itu adalah yang pertama kali dibuat sepanjang sejarah Sukan Olimpik. Roket Soyuz itu turut membawa angkasawan Rusia, Mikhail Tyurin; angkasawan NASA, Rick Mastracchio dan Koichi Wakata dari Jepun.
Bagaimanapun, obor itu tidak mengandungi api demi keselamatan angkasawan di dalam roket dan di ISS. Obor Olimpik sebelum ini pernah dibawa ke angkasa lepas iaitu pada tahun 1996 di dalam kapal angkasa Atlantis menjelang Sukan Olimpik Musim Panas di Atlanta. Roket Soyuz itu tiba di ISS semalam enam jam selepas ia berlepas dari pusat pelancaran tersebut. "Ia merupakan satu kegembiraan dan menjadi tanggungjawab kami untuk membawa obor yang menjadi simbol keamanan ini," kata Tyurin kepada wartawan menjelang pelancaran Soyuz kelmarin.
Obor tersebut akan berada di angkasa lepas selama lima hari. Dua lagi angkasawan Rusia yang sudah berada di ISS, Oleg Kotov dan Sergei Ryazanskiy akan membawa obor tersebut untuk acara berjalan kaki di angkasa lepas esok sebelum ia dibawa pulang ke Bumi oleh tiga angkasawan berkenaan pada Isnin ini. Acara membawa obor Sukan Olimpik Sochi selama empat bulan yang bermula di sini pada 7 Oktober lalu merupakan yang terpanjang dalam sejarah temasya Sukan Olimpik.
- Agensi
TYURIN (bawah) memegang obor Sukan Olimpik Sochi manakala Wakata (dua dari bawah) dan Mastracchio (tiga dari atas) melambaikan tangan sebelum mereka memasuki roket Soyuz TMA-11M.

Wednesday, 6 November 2013

Kejayaan India dalam misi penerokaan angkasa

Petikan daripada akhbar KOSMO/6-11-2013

India lancar kapal angkasa ke Marikh

NEW DELHI - Misi pertama India ke Marikh berlepas semalam ketika negara berkenaan berusaha menjadi negara Asia tunggal yang sampai ke Planet Merah berkenaan."Pelancaran berlaku," kata seorang pengulas televisyen apabila roket merah dan hitam itu berlepas pada pukul 2.38 petang dari pusat pelancaran angkasa lepas di Sriharikota.

Roket seberat 350 tan digunakan untuk membawa kapal angkasa tersebut.India belum pernah melancarkan roket untuk perjalanan angkasa lepas manakala lebih separuh misi ke Marikh gagal termasuk misi oleh China pada 2011 dan Jepun pada 2003.Misi Pengorbit Marikh itu yang dikenali sebagai Mangalyaan di India diumumkan 15 bulan lalu oleh Perdana Menteri, Manmohan Singh selepas misi serupa oleh China gagal."Kami (bukan cuba bersaing dengan sesiapa) tetapi bersaing dengan diri sendiri," kata Pengerusi Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO), K. Radhakrishnan.Kapal angkasa berwarna emas sebesar sebuah kereta kecil itu dilancarkan untuk mengesan kewujudan metana di atmosfera Marikh.

Kehadiran metana merupakan bukti bahawa terdapat hidupan primitif di planet itu.Kekurangan kuasa untuk melakukan penerbangan terus, kapal angkasa itu akan mengorbit Bumi selama hampir sebuah untuk mengumpul pecutan bagi melepasi graviti Bumi.Selepas itu, kapal angkasa tersebut akan melakukan perjalanan ke Marikh yang mengambil masa selama sembilan bulan.Pelancaran tersebut dilakukan lima tahun selepas India menghantar kapal angkasa tanpa manusia, Chandrayaan ke bulan.Misi tersebut menelan belanja sebanyak AS$73 juta (RM231 juta).Kos itu kurang satu per enam daripada perbelanjaan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan untuk misi penghantaran kapal angkasa ke Marikh hujung bulan ini. - AFPArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? 

Tuesday, 5 November 2013

Cerapan Hilal Muharram 1435H: KKA turut serta


Syukur Alhamdulillah pada 5 November 2013 (Isnin) iaitu semalam, penulis telah diberikan kesempatan untuk mengikuti aktiviti cerapan hilal Muharram 1435H bersama-sama team KKA di Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Rasa lama pula tidak mengikuti aktiviti cerapan ini bersama team falak yang lain. Inshaa Allah, bermulanya tahun 1435H, penulis bercadang untuk membawa team KKA yang berminat dan berpeluang untuk mengikuti aktiviti cerapan hilal ini setiap bulan, jika diberikan kesempatan oleh-Nya.

Team KKA bertolak ke Balai Cerap Teluk Kemang (BCTK) pada jam 5.00 petang dan tiba di sana pada jam 6.15 petang. Di BCTK, KKA turut menyertai pasukan cerapan hilal yang terdiri daripada JAKIM, UM, JMKNS dan JUPEM NS. KKA yang terdiri daripada 9 orang (termasuk penulis) telah diberikan kesempatan untuk turut serta dalam aktiviti cerapan walaupun tidak membawa peralatan cerapan. Ada dikalangan KKA Ini merupakan pengalaman pertama mengikuti aktiviti cerapan.

Di BCTK, KKA berpeluang untuk melihat lokasi cerapan dan juga ruang galeri pameran yang telah disediakan. Turut hadir ialah pengunjung tempatan yang juga tidak mahu melepaskan peluang melihat hilal tahun baru hijrah ini. KKA juga mengambil peluang untuk membacakan Doa Akhir Tahun Hijrah 1434 dan juga Awal Tahun Hijrah 1435 secara berjemaah. Menurut kepada data, hilal akan kelihatan pada hari tersebut berdasarkan perkiraan umur dan jarak lengkung kedudukan hilal. Walaubagaimanapun, KKA dan pencerap yang lain tidak dapat melihat hilal atas sebab faktor cuaca yang tidak dapat dielakkan iaitu awan tebal. 

Penulis mengucapkan terima kasih kepada KKA yang turut serta dalam aktiviti cerapan hilal ini walaupun tidak berkesempatan melihat hilal. Juga kepada team pencerap daripada semua agensi yang terlibat kerana memberikan peluang ke KKA untuk turut serta dan berkongsi ilmu falak bersama. Kita jumpa lagi untuk cerapan hilal Safar 1435H.

Salam Maal Hijrah 1435 daripada KKA PFSM.

Data Rukyah
Tarikh: 04 Nov. 2013
Tempat: Teluk Kemang, Negeri Sembilan (101 darjah 51' 21" T, 02 darjah 26' 44" U)
Matahari terbenam: 18:57
Bulan terbenam: 19:45
Ijtimak: 20:50 (03/11/2013)
Umur hilal: 21j 55m.

KKA yang hadir:
1. Nur Jehan binti Abdul Salam
2. Siti Nur Izzati bt. Nasrom
3. Nurdiyanah binti Lasim
4. Noramira bt. Arshad
5. Nur Farhanah bt. Basar
6. Nur Izzati bt. Ilias
7. Siti Noor Hanif Farhani bt. Mohd Salleh
8. Bro. Hafiz bin Safiai

Klik gambar untuk gambar berikutnya.



Wednesday, 30 October 2013

Tahniah atas perlantikan sebagai AJK PFSM 2014/2015

Assalamualaikum wbt..

Sekalung penghargaan dan tahniah buat insan-insan yang telah ditaklifkan sebagai AJK PFSM yang baru bagi sesi 2014/2015. Pemilihan ini telah diadakan di Dewan Kuliah 1, FPI, UKM pada 20 Oktober 2013 yang lalu. Semoga dengan perlantikan ini, akan memberikan lagi satu dimensi baru dalam mengembangkan ilmu falak di Malaysia ini. Tahniah juga buat beberapa orang ahli team KKA yang telah dilantik menerajui PFSM (berwarna ungu). Terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan.

Berikut adalah organisasi PFSM yang terbaru.

Yang Dipertua                 :Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer
Timbalan Yang Dipertua    :Haji Mohd Noor bin Haji Mohd Yusof
Naib Yang Dipertua 1       :Dr (H) Haji Kassim bin Haji Bahali
Naib Yang Dipertua 2       :Dr. Haji Ibnor Azli bin Ibrahim
Setiausaha                     :En.Azizudin bin Zakaria
Penolong Setiausaha        :Sharifah Shazwani Syed Mohamed
Bendahari                      :Dato’ Haji Wan Abdullah bin Wan Ahmad
Ahli J/Kuasa Biasa           :Abdul Rahonny bin Mohd Yusof
                                    Dr. Azhari bin Muhamed
                                    Dr.Haji Mahamarowi bin Omar
                                    Dr. Saadan bin Man
AJK Tugas-Tugas Khas     :Dr Abdul Halim bin Abdul Aziz
                                    Haji Abdul Latif bin Munir
                                    Mohd Razlan bin Ahmad
                                    Nor Falihin binti Zoor
                                    Muhammad Syukri b. Mohd Ashmir Wong
                                   Mohd Hafiz bin Safiai
Pemeriksa Kira-kira        :Haji Nor Zapata bin Mohd Noor
                                   Wan Haziq Naim bin Wan Johan

"30 tahun mendokong tradisi sains Islam"


Monday, 21 October 2013

Mesra RIA Kembara Angkasa 2013 & Muktamar Sanawi PFSM


Syukur Alhamdulillah, msih diberi kesempatan untuk terus menulis dalam ruangan ini. Semoga sahabat-sahabat sentiasa berada dalam lindungan Ilahi sehingga ke hujung nyawa. Sama-samalah kita lafazkan ucapan SALAWAT DAN SALAM atas junjungan BAGINDA SAW yang kita cintai.

Di sini saya ingin mengucapkan jutaan tahniah dan syabas buat KKA UKM atas kejayaan penganjuran dan pengendalian Program Mesra RIA Kembara Angkasa 2013 & Muktamar Sanawi PFSM pada tahun ini di Fakulti Pengajian Islam,UKM pada hari Ahad, 20 Oktober 2013 bersamaan 15 Zukhijjah 1434H.

Program yang telah berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang itu telah mendapat sambutan yang baik daripada warga UKM dan masyarakat setempat dengan menyertai beberapa aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah Pertandingan Mewarna Falak (3 kategori), Kursus Penentuan Arah Kiblat, Bicara Astrofiqh dan Muktamar Sanawi PFSM.

Saya mewakili KKA PFSM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada KKA UKM atas penganjuran ini. Semoga usaha kalian akan mendapat hadiah terbaik daripada Allah SWT atas usaha murni ini untuk menyebarkan dan memartabatkan ilmu falak kepada masyarakat. Semoga kita bersama mendapat manfaat dan hikmah daripada Rabbul 'Izzati. Wallahu A'lam..




Wednesday, 7 August 2013

Salam Aidilfitri daripada KKA

Assalamualaikum wbt..

Saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada umat Islam di Malaysia khususnya kepada mereka yang mengenali Krew Kembara Angkasa dan Persatuan Falak Syar'i Malaysia. Semoga tarbiah Ramadhan yang berlalu akan terus tersemat dihati dan diamalkan selalu. Kedatangan Syawal pula akan memberi kerahmatan buat kita semua. Mohon maaf zahir dan batin. Teruskan memberi sokongan kepada kami KKA PFSM. Terima Kasih.

p/s: Jangan lupa tengok hilal Syawal hari ini tau...


Monday, 15 July 2013

Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Sudah hampir seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu pengertian kepada diri kita sendiri khususnya dan juga masyarakat disekeliling kita umumnya. 

Saya mewakili Krew Kembara Angkasa mengucapkan 'Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan' buat semua sahabat-sahabat KKA khususnya dan Pencinta Ilmu Falak umumnya.

Semoga kita sentiasa diberikan rahmat oleh Allah SWT dalam setiap apa jua yang kita kerjakan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.




Tuesday, 25 June 2013

LUNAR PERIGEE (Supermoon): BUKTI kekuasaan Allah SWT

Syukur Alhamdulillah kerana saya telah diberikan peluang untuk melihat fenomena aturan Allah SWT pada malam 23 Jun 2013 (Ahad) iaitu fenomena 'Lunar Perigee atau Supermoon'. Fenomena ini dikatakan berlaku sekali setahun menunjukkan kedudukan bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi iaitu pada jarak 356,989 kilometer (sepertimana yang telah dilaporkan oleh Agensi Angkasa Negara kepada KOSMO).

Sememangnya fenomena ini telah menjadi tumpuan masyarakat Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat lagi wajah bulan yang dikatakan 'Lunar Perigee' ini. Untuk penerangan yang lebih lanjut berkaitan fenomena ini telah dijelaskan oleh En.Shahrin dalam Falak Online. Begitu juga dengan saya, peluang keemasan ini tidak akan dilepaskan begitu sahaja untuk melihat ciptaan Allah yang Maha Agung ini. Kesempatan ini saya kongsikan dengan jemaah Surau Al-Wardah, Taman Mawar 1, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang selepas selesai solat Isyak. Pada malam tersebut juga telah diadakan kuliah bulanan khas Nisfu Syaaban yang telah disampaikan oleh Ustaz Zulhilmi (Pensyarah USIM).

Di sini, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Surau Al-Wardah, Taman Mawar 1 kerana telah memberi ruang dan peluang kepada saya untuk membuat cerapan di kawasan surau walaupun tidak dirancangkan pada peringkat awalnya. Tidak lupa kepada jemaah yang menemani sehingga tamat sesi cerapan pada jam 11.00 malam. Segala telatah dapat disaksikan oleh pengunjung samada kanak-kanak hingga dewasa. Ada yang pertama kali melihat bulan dengan jarak yang dekat menggunakan teleskop. Ada yang cuba mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit dan juga telefon pintar. Semoga pengalaman yang telah dikongsikan akan memberi manfaat dan meningkatkan tahap kesyukuran kita kepada Maha Pencipta, Allah SWT.




Foto 'Lunar Perigee' yang telah berjaya diambil oleh salah seorang jemaah surau dengan hanya menggunakan telefon pintar menerusi teleskop Celestron.




Monday, 24 June 2013

KKA Berkampung di KFAK, Melaka | 22 Jun 2013

Seperti kebiasaannya, Kompleks Falak Al-Khawarizmi akan menjadi tumpuan dengan penganjuran Hari Falak (Astronomy Day) 2013. Program yang dianjurkan setiap tahun ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk mengenali lebih dekat KFAK dan juga ilmu falak. Program ini berlangsung bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan.

Bagi Krew Kembara Angkasa (KKA) PFSM, kami juga tidak melepaskan peluang untuk menyertainya sebagai pasukan pempamer dan cerapan langit malam. Kali ini kami terdiri 10 orang telah berkampung di KFAK untuk menunaikan tanggungjawab kami menyampaikan ilmu dan pengalaman kepada pengunjung. Semoga setiap ilmu yang dikongsikan akan memberi manfaat bersama.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Persatuan Falak Negeri Melaka kerana sudi menjemput PFSM untuk sambutan Hari Falak 2013. Terima kasih juga kepada KKA yang sudi meluangkan masa dan tenaga untuk menyertai program kali ini. Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan.

YAB Datuk Wira Ir. Idris Haron beramah mesra dengan KKA.
(Klik gambar utk  gambar seterusnya)

Thursday, 20 June 2013

Datang beramai-ramai.....

JOM BERAMAI-RAMAI
ke 
SAMBUTAN HARI FALAK (ASTRONOMI DAY) 2013
di
KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI, KG. BALIK BATU, TANJUNG BIDARA, MELAKA

SABTU 22 JUN 2013M BERSAMAAN 13 SYAABAN 1434H

MASAAKTIVITILOKASI
9.00 AM – 10.00 AM
PERTANDINGAN MEWARNA
KANAK-KANAK TADIKA
SURAU KOMPLEKS FALAK
AL-KHAWARIZMI (KFAK)
9.00 AM – 12.00 AM
PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN
ROKET (SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI MELAKA)
LAPANGAN KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI (KFAK)
9.00 AM – 12.00 AMPERTANDINGAN SPACE ROBOTICS(SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI MELAKA)
DEWAN TERBUKA KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI (KFAK)
9.00 AM – 6.00 PM
PAMERAN ASTRONOMI AGENSI-AGENSI
BERKAITAN FALAK/ ASTRONOMI
DEWAN SERBAGUNA KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI (KFAK)
10.30 AM – 12.00PMCERAMAH FALAK
AUDITORIUM
KOMPLEKS FALAK
AL-KHAWARIZMI (KFAK)
12.00 PM –1.30 PM
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI
FALAK/ASTRONOMY DAY 2013
AUDITORIUM
KOMPLEKS FALAK
AL-KHAWARIZMI (KFAK)
11.00 AM -12.00 PMCERAPAN MATAHARI
TEMPAT LETAK KERETA KOMPLEKS FALAK
AL-KHAWARIZMI (KFAK)
9.00 AM, 10.00 AM, 11.00 AM, 12.00 PM, 2.00 PM, 3.00 PM,
4.00 PM, 5.00 PM
TAYANGAN PLANETARIUM & 3D
(BERTIKET)*
PLANETARIUM
AL-KHAWARIZMI
 
11.00 AM – 12.00 PM,
4.00 PM – 5.00 PM
LAWATAN KUBAH
(MENGGUNAKAN PAS MASUK)**
BALAI CERAP ROBOTIK
KOMPLEKS FALAK
AL-KHAWARIZMI (KFAK)
 2.30 PM – 4.45 PM
PERTANDINGAN AL-KHAWARIZMI ADVENTURES

DEMONSTRASI
HELIKOPTER KAWALAN JAUH
PERSEKITARAN
KOMPLEKS FALAK
AL-KHAWARIZMI (KFAK)
 7.00 PM – 8.00 PM SOLAT MAGHRIB DAN SESI TAZKIRAH SURAU KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI (KFAK)
 8.00 PM – 10.00 PM SESI CERAPAN LANGIT MALAM
PERKARANGAN BALAI CERAP
AL-KHAWARIZMI

Saturday, 18 May 2013

Cerapan Zuhal & Bulan Separa di USIM



SUBHANALLAH!! Itu yang terlafaz di bibir adik-adik di USIM yang telah berpeluang menyaksikan planet zuhal (saturn) dan bulan separa pada malam 17.5.2013 sempena program Malam Tadabbur Alam. Program tersebut telah dianjurkan oleh Sekretariat ICEPS 2013 dengan kerjasama Unit Falak Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan (JMKNS). Dalam program ini, saya telah diberi amanah untuk berkongsi sedikit ilmu bersama pelajar-pelajar berkaitan ilmu falak selama 1 jam 15 minit. Semoga pengembaraan kita ke angkasa lepas telah memberikan kita sejuta peluang untuk terus mensyukuri kebesaran ciptaan-Nya.

Program ini turut disertai oleh Krew Falak JMKNS yang diketuai oleh al-Fadhil Ustaz Shafie. Tiga buah teleskop telah digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar dan tetamu yang hadir untuk melihat keagungan ciptaan Allah SWT dengan lebih dekat dan jelas iaitu planet zuhal dan bulan separa pada malam 7 Rejab tersebut.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan daripada JMKNS, Sekretariat ICEPS dan pelajar-pelajar yang telah menjayakan program malam tersebut. Semoga setiap usaha dan langkah yang kita lakukan untuk mengagungkan Allah SWT akan mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT. 

Klik gambar


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...